sekadar ingatan utk diri sendiri
seharian membaca dan meneliti penulisan mengenai bisnes.. bisnes online mahupun bisnes offline.
sekadar menambah ilmu pengetahuan dan menetapkan hati utk terus berbisnes.
dalam bisnes xde seorang pon yang mahu rugi.. tapi kalo xmencuba kita tidak akan tahu potensi bisnes kita..
hampir 1tahun 7bulan menjalankan bisnes online. skop utama kami adalah membekal barangan kraf. diri ini tidak keseorangan.. alhamdulillah dgn kepercayaan kami berganding bahu menjalankan bisnes ni..
tx to my love.. die yg cadangkan utk partner dgn kakak die..
semakin lama dlm bidang ini semakin bnyk dugaan, nak list sikit2 je,
1) persaingan yg tidak sihat..
sekarang ni da macam trend penjual di fb meletak harga yg sangt rendah.. kadang2 melihat harga barang yang di jual cukup2 mkn dgn modal..
hurm diorg ni xrasa penat ke buat kerja tanpa gaji? masih bersyukur dgn kehadiran pelanggan lama dan juga baru yg tak jemu membeli dgn kami.
2) kesihatan
tidak dinafikan kadang2 kesihatan juga terjejas. mana tidak nya.. sementara bergelar pengganggur ni, sumber pendapatan bergantung 100% dari hasil jualan online ini..
3) orang sekeliling
ada yg bangga melihat anak muda mcm sy berkobar2 menjalankan perniagaan sendiri. ada juga yang memandang sebelah mata dgn usaha ini.. tak kisah la apa pon pandangan manusia, yang penting sy mempunyai org kuat di belakang sy semasa dlm apa jua keadaan - tx for ur support
azam bulan julai ini :
1. Puaskan hati pelanggan.
2. nak pastikan xde lg kesilapan yg berlaku
3. Sentiasa belajar dan tambah baik perniagaan anda.
salah seorang blogger yg sy minat - irfan khairi
memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;
1. menjalankan perniagaan dari rumah
(dpt kurangkan kos seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya . bukan bermakna
untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan
bagi kita dalam memulakan perniagaan)
2. Menjalankan perniagaan melalui Internet
( blog, Facebook)
3. Belajar menguruskan masa.